Thursday, April 30, 2009

perempuan comel dan kereta

oh tuhanku, saya sangat merindui blogging. selalu takde masa nak duduk dengan aman dan mengetaip entry2 baru yang menarik. selalu saja sibuk dengan sekolah dan keluarga dan kucing dan boyfriend. harhar. okay sekarang ada masa sikit untuk meluangkan masa bersama anda semua. oleh kerana sudah gian hendak menaip, maka saya akan menulis tentang sesuatu yang spontan dan tidak dirancang.









sebentar tadi saya dengan baik hatinya telah menemani abah untuk mengambil abang kedua di college yang terletak di cheras. memang setiap minggu pun abang kedua balik rumah. memandangkan kereta trajet abah telah dihantar untuk repair kerana masalah brek, maka kami pun menaiki kereta abang pertama yang baru dibeli minggu lalu.



saya agak excited nak ikut sebab saya suka naik kereta baru. jakun sungguh. takdelah, sebenarnya saya suka naik kereta yg kecil kerana rasa macam nak drive sendiri je. sangat mengujakan! bila naik kereta dengan abah, saya suka tengok kereta2 yang lalu dan jika saya meminati kereta tersebut, saya pasti akan bertanyakan tentang harga kereta itu. dan sekali sekala memberi sedikit hint kepada abah seperti, "abah, nanti awa dah habis sekolah awa nak kereta tu." ye, aku selalu rasa macam bapak aku kerja cop duit.



haritu otw pegi tuition nampak HUMMER doe! HUMMER dekat area subang!!! macam jumpa beg prada original dekat kedai bundle weh. fyi, hummer telah menjadi kereta idaman saya sejak form3 lagi. tapi saya nak hummer merah okay. kalau bukan merah, sorryyy. today nampak porsche baxter tak silap dekat taipan. then nampak fierce red mitsubishi evolution macam yang dalam tokyo drift whatever tu dekat highway. last sunday dapat rasa naik porsche cayman, gila cool.



okay, berbalik kepada cerita kita. mula mula keluar subang perjalanan berjalan lancar. masuk area bukit jalil jam teruk macam haram. berapa kilometer jauh pun xtau la. tiba tiba! tengah dalam jam tu kereta abang pertama itu berhenti, enjin mati. imagine diri anda tersadai di tengah2 lebuhraya yang tengah sesak, malu dan panik tak terkata. tapi nasib baik boleh start balik.



maka kami pun meneruskan perjalanan. beberapa meter lepas tu, enjin mati lagi! dah cuba start balik tapi gagal. masa tu abah dah panik, "awa! nak buat ape ni?! kena tolak lah macam ni!" monolog dalaman, "huish, kena tolak kereta? jatuh saham nih." tapi saya reply, "relax abah, cuba try start lagi skali." dengan kata2 hikmat saya maka kereta itupun boleh hidup.



lepas tu terus patah balik rumah tak berani drive jauh2. nasib baik tersadai dalam jam, walaupun malaysia ni rakyatnya sungguh tidak penyabar. nak hon hon, tak reti sabar @#^&%^&$%?. imagine kalau tengah syok drive 120km/h dekat right lane kan, tiba2 kereta mati. confirm mati kena sondol dengan kereta belakang. fuh, i'm so lucky.



the end.



No comments: