Friday, September 12, 2008

super hot n sunny day

i am such an impossible person, i know
:D





in this posting, i want to post it it malay. i guess i read too much malay blogs. n i realized that i'm actually proud to be a malay. walaupun rojak.
be prepared









semalam sy boleh katakan bahawa sy gembira. kenapa? akan sy ceritakan sebentar lagi.





selepas sekolah tamat dan solat jumaat berakhir, saya dan sharinna menemani rakan baik kami, farhana ke saloon. ini kerana farhana mahu meluruskan kembali rambutnya selain membaiki kecacatan pada rambut depannya [fringe]. sambil amoi itu bermain2 dengan rambut farhana, kami bertiga melakukan apa yang kami mampu lakukan dgn hebat [wtf?] iaitu mengumpat. haha, maksud sy di sini ialah bergossip. kami juga sempat berkenalan dengan kakak pencuci rambut berkerakyatan indonesia di situ yang begitu peramah sekali melayan kami seperti adik2nya.


sekitar pukul 5, kami berangkat ke rumah farhana semula kerana cuaca terlalu panas utk membeli belah di bazar ramadhan. kira2 pukul 630, kami ke bazar bersama adik beradik farhana yg lain. agak ramai juga pengunjung yg masih membeli juadah berbuka ketika kami tiba. lalu kami bertiga berjalan berpegangan tangan meredah lautan manusia2 yg rambang mata melihat terlalu banyak makanan yg boleh dibeli. ketika kami berjalan beriringan, tiba2 kami terjumpa tujuan kami ke bazar ramadhan itu. kelihatan dari jauh syafie sedang mempromosikan gerainya.

sharinna: "far far! tu syafie kan far! jom jom!"
farah: "ohmygoddd, xyah la ckp kuat2. nnt kte pusing satu round then kite singgah la" [dgn nada bengang bercampur malu. ]

maka kami pun berpusing di hujung. tiba2 kedengaran..

"chumi goreng! chumi baju merah goreng! mari mari!"

rupa2nya seorang abg sengaja mencari psl dgn mengejek sy yg ketika itu sedang memakai baju t berwarna merah dgn tulisan CHUMI di hadapannya. alangkah malunya sy ketika itu. tapi sy sempat memberikan senyuman kepada abg itu. dlm hati sy berkata 'tak lawak pun la abg'


kami terukan berjalan. dan ketika sedang mencari2 gerai syafie...

sharinna: "far! tu zharif kan?"
farah: "zharif? zharif mane? mane mane?" [sambil mencari2]
sharinna: "tuuulaaaaaaa" [sambil menundingkan jari ke arah sebuah gerai] "zharif bestfriend
awk la, zharif mane lg"
farah: "owhhhhh"


lalu kami pun singgah di gerai yg menjual kebab itu. tetapi malangnya apabila sy menegur zharif, dia seperti tidak suka akan kehadiran sy di situ. dia sekadar membalas menggunakan isyarat seperti bercakap dengan org bisu ketika sy bertanya kepada dia. mungkin dia tidak merindui sy atau mungkin dia tidak mahu sy melihatnya bekerja di gerai. haih. namun, sy tetap membeli sepotong kebab di gerai itu sebagai tanda sokongan sy kepada zharif yg tidak berbelah bagi.



setelah selesai, kami pun menuju ke gerai syafie yg terletak bertentangan dengan gerai zharif tadi. dr jauh kelihatan die sudah tersenyum menanti kehadiran kami bertiga.

farah: "heyyyyyy! jual ape ni?" [bodoh tak soalan sy?]
syafie: "bubur. macam2 bubur ada. beli la, nnt i kasi diskaun" [sambil tersenyum lagi dan memperkenalkan bubur2nya]
farah: "hahaha"
sharinna: "yelaaaa, kan die suke kat farah"
farah: "ape benda sial awk ni. megarut je"
farah: "owhhhh, ape yg special/sedap kat sini?"
syafie: "taktau lah. semua special!"
farah: "yeke? hurmmm, taktau la nk bli yg mane. shar, awk pilih la, kte bayar"
sharinna: "okay. kte suke bubur chacha ni."
farah: "sedap ke? okay lah, amik dua. brape sume skali?"
syafie: "RM3.00."
farah: "owh, harga biase brape?"
syafie: "RM2.50. tapi xpelah, harga kawan2." [sambil membungkus, dia mencapai sebekas bubur gandum dan memasukkannya ke dalam plastik]
farah: "ehh, ape ni?"
syafie: "bagi free. alaaa, skali skale."
farah: "hahaha. thanx!"
sharinna: "haha, bestnyeee. tiap2 hari kte beli kat sni la. bleh dpt bubur free!"
farah: "okaylah. thanx. byeeee."
sharinna n farhana: "byeeee!"


setelah itu kami pun beredar. farhana pulang megikut abangnya. manakala sy dan sharinna megikut ayah sy.


tamatlah cerita. setelah sy membuat kesimpulan, sy masih tidak megerti mengapa sy gembira semalam. mungkin sebab sy berbangga melihat rakan2 sy bersemangat berniaga di bulan ramadhan yg mulia ini. bg sy, its cool :)



p/s: syafie hanyalah rakan sekelas sy yg baru masuk ke sekolah kami. kami hanya rakan, tidak lebih. sharinna hanyalah cemburu sebab itu dia berkata begitu. sedangkan dia yg suka syafie :DDDD

No comments: