kejadian yg paling memalukan yg pernah berlaku dlm hidup sy berlaku pada hari ini. sumpah, sy tapenah rase malu sebegitu rupa sebelum ini. nak tau kejadian yg sungguh menarik ini? haha, i dun even know how to begin!
okaylah. walaupun berat hati, sy akan sudikan diri juga berkongsi kisah hidup sy dengan anda. pada hari ahad yg lalu, kami sekeluarga dijemput hadir ke majlis perkahwinan rakan sekerja ibu sy. eh jap, bkan dia yg kawin. maksud sy anak dia punya wedding. sy tak berapa kenal rakan ibu sy ini. so sy pun tak tau ape nk expect. dlm pukul 2 kami bertolak ke rumah pengantin yg terletak di peejay (kampung haiqal, haha) hanya dgn berpandukan peta yg diberi pada kad jemputan.
drive drive drive. setiap kali pergi berjalan, semestinya sy yg akan dilantik abah utk jd co-driver/penunjuk arah/pembaca peta/pentengok-belakang-bila-nak-reverse. so sy agak pakar jugak la dlm perihal membaca peta ni. maka pada masa itu sy pun mengarahkan laluan n abah sy pun ikut je. fyi, sy baca exactly apa yg peta tu ckp. xde tokok tambah atau rekaan semata2. serious! akhirnya kami sampai di apartment seperti yg ditunjukkan dlm map. mase tu hujan lebat gila so kami pun cepat2 masuk bwh khemah tanpa menoleh2 lagi. kami nak cepat so kami pun ambik makanan dan duduk senyap2 makan. bangga jugak org asyik pandang2. mungkin sy nampak terlebih lawa pada masa itu.
tiba2, emak sy cuit sy dan bertanya "are you sure we're at the right wedding?" sy yg tension kne makan pkai tgn sbb xde sudu dan garpu pun ckp "mak tolong jgn bwat lawak" dan terus stop mkn. emak ckp die x nmpk pun kawan die yg sepatutnya tuan punya rumah. bila tny dekat org yg tolong angkat2 pinggan, dia pun tunjuk la tuan rumah. sah! bukan rakan sekerja mak. HADOI, RASE MACAM NK FLUSH MUKA NI DLM JAMBAN. kami pun macam bwat2 kenal dan terus makan cepat2 dan blah masuk kereta. sy rase jika sy dipaksa lari pkai bikini satu usj 16 ni pun xleh lwn perasaan malu sy ketika itu.
emak yg masih bersemangat waja nak cari jugak rumah pengantin yg sebenar. setelah keluar dr kawasan itu kami pun pusing2 dan jumpa rumah pengatin sebenar. utk memastikan pisang tak berbuah lapan kali, emak pun masuk dlm khemah dan bertanya kepada tukang hidang nasi betul ke ni rumah kwn dia. setelah org tu ckp ye dan emak dan abah mengajak masuk, sy tetap sangsi dan duduk luar khemah. bila dah duduk ambil makanan barulah tuan rumah keluar. THANK GOD AT LAST WE GOT THE RIGHT HOUSE. surprisingly, dia tau yg map tu salah. dia siap ckp "map tu memang salah. ramai yg pegi sane dulu lepas tu baru dtg sini. jemputlah makan". nasib baik sy takde black belt dlm wushu utk membolehkan sy 'mengajar' pakcik tu. grrr! memandangkan kami ada plan lain lepas tu dan masa byk telah dibazirkan, kami makan cepat2 LAGI SEKALI dan beredar.
kesimpulan: check the fucking map first before posting it. thank you.
later that day, sy pergi ke premiere heroes season 3 dekat gsc pavillion. takdelah gempak mana. tp puas la dpt jadi antara org pertama yg dpt tgk cerita kesukaan ramai. org2 kat situ semua macam agak fanatic. sampai nama mak betul dan mak tipu claire bennet dan nama bapak mohinder suresh pun diorg tau. nasib baik org yg tny trivia tu tak tanya nama anjing claire. sy tau, nama anjing dia ialah mr. muggles :P cousin sy dpt byk hadiah sebab die dpt jwb byk soalan. macam mana dia tau? sebab dia dah download cerita heroes sampai episod 7. smart huh? haha. ade org tu die menang first prize. tp syler pun dia x kenal sape. fucked up loser. xpelah, atleast sy dpt tshirt heroes n popcorn free :)
1 comment:
sedih giler..
aku tumpang ngan ke-malu-an ko..
=0
Post a Comment